Kelantan Bersedia Wujudkan Kerjasama Dengan JDT
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Susulan pertemuan pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pada 17 April lalu, ada berspekulasi beberapa pemain JDT bakal menyertai Kelantan secara pinjaman. Hari ini, beliau menjelaskan apa yang berlaku dalam pertemuan berkenaan.

Zamsaham mendedahkan pertemuan yang diadakan di Kelab Polo Diraja Johor itu bertujuan meminta nasihat baginda tentang aspek pengurusan The Red Warriors (TRW). Kebetulan pula, hari lahir beliau jatuh pada hari berkenaan.

Justeru, sebagai tanda penghormatan lebih-lebih lagi selepas mengetahui Zamsaham sedang berjinak-jinak dengan aktiviti menunggang kuda, baginda berbesar hati mengurniakan dua ekor kuda sebagai hadiah kepadanya. Apabila ia dimuatnaik di media sosial, ada menyangka dua kuda tersebut ialah dua pemain Harimau Selatan.

Advertisements

“Kebetulan pula (17 April) ialah hari jadi saya. Jadi, saya pun alhamdulillah dihadiahkan dua ekor kuda. Kebetulan pula saya tengah belajar sikit-sikit pasal menunggang kuda. Jadi, bila baginda hadiahkan dua ekor kuda, asalnya tiga ekor. Saya pun terkejut dengan kemurahan hati Tunku Mahkota (Johor).

“Jadi, baginda tanya, ‘Kau nak berapa ekor? Tiga ekor?’ Jadi, saya jawab, ‘Tak, dua ekor.’ Jadi, alhamdulillah. Bila saya naikkan kat media sosial saya, semua ingat itu pemain (JDT),” katanya dalam temubual bersama Karl Nunis untuk Nadi Arena hari ini.

Advertisements

Bagiamanapun, pada masa sama, Zamsaham juga tidak menolak bekerjasama dengan JDT dalam mendapatkan pemain secara pinjaman dari kelab berkenaan. Ini kerana persetujuan secara lisan telah dicapai bagi membolehkan Kelantan mendapatkan pemain Harimau Selatan.

Dengan rombakan besar-besaran membabitkan pemain tempatan dan import bakal dilaksanakan ke atas TRW menjelang tetingkap perpindahan kedua pada Jun ini, beliau berharap ada hasil positif daripada usaha berkenaan.

Advertisements

“Mudah-mudahanlah ada pemain-pemain JDT dapat dipindahkan ke Kelantan, yang boleh dipinjamkanlah. Tapi kita tunggu sajalah. Kalau ada rezeki, ada. Kalau tak ada rezeki, tak ada. Apapun, kita kekal positif dan moga TMJ berbesar hati meminjamkan pemain kepada Kelantan untuk perpindahan kedua nanti,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram