Kelantan Dalam Fasa Akhir Lancarkan TRW International Football Academy
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Akademi bola sepak merupakan salah satu tunjang utama dalam membentuk sebuah pasukan yang lebih baik pada masa hadapan. Yang terbaru, Kelantan FC merupakan kelab yang akan mempunyai akademi mereka sendiri.

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham di laman Facebook milik beliau.

“Saya dan Coach Rizal (Rezal Zambery Yahya), Pol Carpos dan Lagend ‘prof’ Nasir (Nasir Yusoff) sedang dalam fasa terakhir untuk finalkan TRW International Football Academy bulan ini. “Mana-mana yang rasa nak belajar di akademi TRW dah boleh siap-siapkan diri.” jelas Zamsaham.

Advertisements

Namun begitu lokasi di mana akademi tersebut bakal diadakan akan dimaklumkan kemudian. Akademi TRW akan diperkenalkan dengan beberapa kategori peringkat umur seperti bawah 23 tahun, bawah 20 tahun, bawah 18 tahun, bawah 16 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 10 tahun.

Pada bulan Ogos yang lepas, Zamsaham ada mengumumkan bahawa beliau serius untuk menyediakan TRW International Football Academy. Usahawan dari Johor itu juga mensasarkan bahawa semua pemain di akademi tersebut bakal bermain bola sepak sekurang-kurangnya lima hari seminggu serta dilatih oleh jurulatih profesional.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram