Kelantan Darul Naim Fokus Naik Taraf Stadium Sultan Muhamad Ke-IV
Liga Super
KDN FC
Advertisements

Kerajaan negeri Kelantan kini fokus menaiktaraf stadium keramat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV).

Perkara ini dinyatakan oleh Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad menerusi satu hantaran video di akaun TikTok beliau.

Salah satu fokus penaiktarafan yang mahu diselesaikan ialah isu papan mata elektronik stadium yang tidak berfungsi.

Advertisements

Malah, hal ini turut disedari penyokong Kelantan semasa pasukan itu mengadakan perlawanan pra-musim 2024/25 di SSMIV baru-baru ini.

Zamakhshari memaklumkan sudah mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) untuk mencari solusi isu papan mata elektronik stadium.

Advertisements

“Salah satu isu dalam stadium ini ialah isu papan mata elektronik. Insya Allah di peringkat perbadanan stadium dan juga peringkat kerajaan negeri, saya sedang mengadakan perbincangan akhir dengan Perbadanan Stadium (Kelantan) untuk kita menyiapkan papan mata.

“(Ini) sama ada membaiki (papan mata elektronik) atau pun mencari alternatif yang ada. Untuk supaya sebelum perlawanan rasmi pada 10 Mei ini, akan ada satu papan mata sementara atau mana-mana pilihan yang ada.

Advertisements

“Untuk perlawanan pertama yang berlangsung pada 10 Mei ini, Insya Allah isu papan mata akan selesai,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan turut melaksanakan proses pemasangan kerusi plastik di SSMIV bagi menambah keselesaan penyokong.

Advertisements

Penaiktarafan ini dijangka membantu Kelantan apabila beraksi untuk aksi pertama Liga Super di SSMIV pada 17 Mei hadapan. Perlawanan itu menyaksikan Kijang Emas bakal berhadapan pasukan yang menduduki tempat ketiga liga musim lepas, Sabah FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram