Kelantan ‘Heret’ Bekas Staf Ke Polis Susulan Salah Guna Kuasa
Liga Super
Advertisements

Isu penyalahgunaan data membabitkan pasukan Liga Super merupakan satu perkara serius dan perlu ditangani segera. Atas sebab itulah, hari ini, Kelantan membuat satu laporan polis berkenaan hal ini.

Menurut ketua keselamatan kelab, Tuan Hazli Tuan Mamat, laporan tersebut difailkan berkenaan tindak-tanduk seorang bekas staf TRW Kelantan FC. Individu berkenaan didapati menyeleweng dan menyerahkan data pasukan kepada pihak luar tanpa dimaklumkan kepada pengurusan kelab.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini boleh melibatkan kerugian kepada kelab kerana pengambilan hak cipta dengan pelanggaran etika dan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan tersebut.

Advertisements

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis dan semua bukti berkaitan juga telah diserahkan. Pihak keselamatan dan perundangan sentiasa memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan berharap bekas staf ini dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan rasmi kelab di Facebook.

Tindakan ini dilihat satu tindakan tepat kerana ia memberi mesej kepada orang di luar sana saja bahawa penyalahgunaan data merupakan satu jenayah yang serius.

Selain itu, ia dilihat berpotensi mengancam potensi pendapatan yang diterima The Red Warriors. Ini lebih-lebih lagi dengan matlamat jangka panjang yang digariskan pemilik, Norizam Tukiman termasuk pemilikan pusat latihan sebelum tahun 2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram