Liga Super
Filipe Hereda
Advertisements

Bekas pemain tengah Kelantan FC, Filipe Hereda memberi bayangan bakal membuat kemunculan semula bersama pasukan.

Perancang kelahiran Brazil itu merupakan sebahagian daripada skuad yang membantu Kelantan muncul selaku naib juara Liga Premier musim lalu.

Beliau bagaimanapun tidak kekal bersama The Red Warriors musim ini selepas beberapa muka import baharu dibawa masuk oleh pasukan.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian oleh ejen bola sepak di laman Instagram beliau, pemain berusia 31 tahun ini memberi bayangan untuk kembali semula ke Malaysia.

Beliau memuat naik satu gambar Hereda dengan ayat yang menimbulkan tanda tanya.

“Filipe Hereda akan kembali?”

Advertisements
D3FD5661 3269 4B62 B408 EF75AF7DEBF4 Kelantan Kembali Tagih Kudrat Filipe Hereda Selamatkan Pasukan?

Instagram: Fakrul Badri

Perkongsian ini dikuatkan lagi apabila pemain tersebut memuat naik satu hantaran yang menyatakan bahawa beliau rindukan suasana di Kelantan.

“Saya rindukan suasana ini.”

Advertisements

Kelantan ketika ini telah melepaskan tiga tonggak utama termasuklah dua pemain import iaitu Carlie De Murga dan juga Christian Rontini.

Kekosongan ini dijangka bakal diisi oleh Hereda dan seorang lagi pemain import Kelantan kelahiran Indonesia, Nathanael Siringoringo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram