Ads
“Kelantan Pasukan Baik, Bukan Mudah Nak Skor Satu Gol” – Nidzam Jamil
Liga Super
Selangor FC

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memberi kesukaran kepada pasukan itu di Stadium MBPJ pada 10 Ogos lalu.

Advertisements

Aksi terbaru Liga Super menyaksikan Merah Kuning melayan kunjungan Kijang Emas. Separuh masa pertama menyaksikan pelawat menyukarkan usaha tuan rumah menjaringkan gol.

Advertisements

Hanya selepas Nidzam membuat pertukaran taktikal pada separuh masa kedua, barulah Selangor berjaya menembusi gawang Kelantan DN sebanyak dua kali. Dua gol mereka disumbang oleh Ronnie Fernandez.

Advertisements
Advertisements

Jurulatih berusia 44 tahun itu menyifatkan kesungguhan dan sistem permainan yang ditampilkan Kijang Emas patut dipuji. Ini kerana cabaran mereka memaksa Merah Kuning bekerja keras sepanjang perlawanan.

“Saya fikir bola sepak ini adalah apa yang pihak lawan tawarkan masalah itu. Jadi, kita ada masalah untuk memecah sistem mereka.

Advertisements

“Saya puji Kelantan (DN) kerana mereka bertahan dengan baik. (Formasi) 5-4-1, 5-3-2, sangat berdisiplin pada separuh masa pertama.

“Ini bukan mudah nak keluar daripada kepungan macam itu. Ianya sangat bagus dan satu cabaran yang bagus buat kita,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan yang disiarkan bahagian media Selangor.

Pada masa sama, Nidzam juga gembira kesungguhan anak buahnya memastikan Selangor pulang dengan tiga mata penuh.

“Tapi kita gembira pada penghujung separuh masa kedua, ini bukan tentang pemain. Ada beberapa pemain yang kita tukar.

“Tapi sekali lagi, ini bukan soal formasi atau taktikal macam mana kita nak selesaikan perkara-perkara macam ini. Separuh masa kedua saya rasa Ronnie (Fernandez) jaringkan dua gol. Saya rasa kita gembiralah,” ujarnya.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Selangor mengutip 16 mata selepas mengharungi lapan perlawanan. Sementara Kelantan DN di tangga tercorot dengan tiga mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram