Kelantan Pecah Rekod Liga Super
Liga Super
Kelantan FC
Advertisements

Kelantan kini telah memecahkan rekod bola sepak Malaysia apabila menjadi pasukan paling banyak dibolosi dalam Liga Super dengan 76 bolos.

Rekod pasukan paling banyak dibolosi dalam format 14 pasukan sebelum ini dipegang oleh pasukan PDRM pada tahun 2010 sebanyak 75 bolos.

Lebih buruk, Kelantan yang telah dibolosi 76 kali dalam 20 perlawanan masih mempunyai baki 6 perlawanan Liga Super. Jika mereka masih dibolosi bagi perlawanan akan datang, angka bolos Kelantan akan terus meningkat.

Advertisements

Dalam kesemua pertandingan bagi musim 2023 termasuk Piala FA dan Piala Malaysia, jumlah bolos Kelantan secara keseluruhan adalah 85 bolos.

Malah kekalahan 8-0 kepada Terengganu semalam menyaksikan itu adalah kekalahan terbesar dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

Lebih buruk, kekalahan tersebut berlaku di stadium sendiri iaitu Stadium Sultan Muhammad IV.

Angka bolos yang tinggi ini menunjukkan kerapuhan benteng pertahanan Kelantan dalam melindungi gawang gol daripada serangan pihak lawan.

Advertisements

Kelantan juga berkemungkinan besar terpaksa mengharungi baki perlawanan Liga Super tanpa khidmat pemain import baharu mereka apabila FIFA menolak rayuan pendaftaran pemain import Kelantan.

Kelantan kini berada di tangga ke-13 liga dengan kutipan 8 mata menerusi 2 kemenangan, 2 seri dan 16 kekalahan.

Advertisements

Kelantan akan berdepan JDT bagi saingan Piala Malaysia kelak dan bakal berdepan pasukan Selangor, Sabah, Kedah, Perak, PDRM dan Kelantan United bagi baki 6 perlawanan Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram