Kelantan Rasmi Lepaskan Tiga Tonggak Utama
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC
Advertisements

Dengan perlantikan Frank Bernhardt sebagai jurulatih baru Kelantan, jurulatih Jerman itu mula membentuk pasukan mengikut kehendak taktikal yang dibawanya. Ini dapat dilihat hari ini apabila The Red Warriors (TRW) mengumumkan perlepasan khidmat Carli de Murga, Christian Rontini dan Shafiq Shaharudin.

Perkara ini diumumkan oleh pengurusan pasukan menerusi laman media sosial TRW Kelantan FC hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Kelantan hanya mengumumkan nama de Murga yang dilepaskan beberapa hari lepas. Ini bagi memberi peluang kepada bek tengah Filipina itu menyertai sebuah kelab yang tidak dinamakan di Indonesia.

Advertisements

Situasi ini turut berlaku kepada Rontini. Walaupun tidak mengumumkan destinasi yang ditujunya selepas ini di Instagram, pemain berdarah Itali-Filipina itu amat menghargai tempohnya bersama Kelantan dan mengucapkan selamat berjaya kepada kelab Pantai Timur itu.

Shafiq Shaharudin pula memilih meninggalkan TRW selepas merasakan peluang merebut bahagian serangan terhad. Dengan Ismahil Akinade, Nuha Marong, Nurshamil Abd Ghani dan Danial Ashraf berada di hadapan, pemain tersebut memilih meninggalkan kelab sebelum tetingkap perpindahan kedua bermula.

Advertisements

News Comments Account