Kelantan Terima Tajaan Khas Hino Ke SSI
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pihak Pengurusan TRW Kelantan mengumumkan telah menerima tajaan khas daripada Hino Malaysia bagi pengangkutan skuad Kijang Emas untuk ke Johor. 

Skuad Kelantan akan ke Stadium Sultan Ibrahim bagi mengharungi saingan Liga Super 2023 menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini, pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman membuat hantaran menerusi laman Facebooknya untuk mencari penaja yang berminat menerbangkan pasukannya ke Johor.

Advertisements

Hino Malaysia adalah sebuah syarikat yang menyediakan pengangkutan dan produk trak.

Pasukan Kelantan kali ini turun dengan misi memburu kemenangan yang kedua selepas baru sahaja menewaskan Penang di laman sendiri tempoh hari. 

Advertisements

Untuk rekod, Kelantan kini menduduki tangga ke-7 liga selepas mengharungi 3 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram