Ketua jurulatih England, Gareth Southgate berani mengambil risiko menggugurkan dua pemain bertaraf bintang dalam senarai akhir 25 pemain menghadapi Kelayakan Euro 2024 pada hujung bulan ini.
Dua pemain tersebut ialah Trent Alexander-Arnold daripada Liverpool dan Raheem Sterling daripada Chelsea.
Menurut Southgate temubual daripada wartawan terkenal Fabrizio Romano, Sterling terpaksa digugurkan oleh kerana beliau dianggap masih belum cergas sepenuhnya meskipun baru-baru ini beliau sudah kembali mencatat jaringannya bersama Chelsea dalam aksi UCL tempoh hari.
Bek kanan England, Alexander-Arnold kini mengalami kemerosotan prestasi bersama Liverpool oleh sebab itu ianya tidak meyakinkan buat Southgate.
Penyerang berbisa Brentford, Ivan Toney kembali perkuat England selepas terpalit dengan beberapa tuduhan kepadanya dan kes yang dihadapinya masih belum bermula beliau dibenarkan bermain.
Pertahanan kaki kiri Arsenal, Ben White turut tidak tersenarai kerana difahamkan beliau menolak panggilan tersebut atas urusan peribadi.
Seorang muka baharu dibawa masuk iaitu Marc Guehi daripada Crystal Palace dan kesemua pemain lain yang pernah beraksi di saingan Piala Dunia lalu.
England berada di kumpulan C dan akan bertarung dengan bekas juara Euro 2020 iaitu Itali, Ukraine bagi fasa pertama dan akan menentang Macedonia Utara dan Malta bagi fasa kedua pada bulan Jun ini.
Kelayakan Euro 2024 ini berlangsung di Jerman dan bermula pada 24 Mac ini.