Pertembungan antara Malaysia dan juga Emeriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan pasukan muda negara menang dengan keputusan 3-2.
Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dalam usaha untuk tidak mensia-siakan 3 mata yang boleh diraih.
Anak didik Osmera Omaro jelas beraksi dengan kemampuan sebenar untuk terus memberikan masalah buat pasukan lawan sejak awal permainan.
Malah, keputusan seri bertemu Guam
tempoh hari menyaksikan keyakinan anak muda negara terus menyala bagi memungut mata maksimum.
UAE tersentak apabila menjelang tamat separuh masa pertama apabila Arami Wafiy ketika masa tambahan.
Bersambung babak kedua, pasukan kebangsaan terus menggandakan usaha meletakkan pasukan dalam kedudukan selesa namun kekebalan benteng pertahanan UAE menjadi penghalang.
Hal ini tidak mematahkan semangat dan perjuangan mereka apabila memperoleh dua lagi jaringan menerusi jaringan Anjasmirza dan juga Faris Danish pada masa kecederaan.
Gol UAE dijaringkan oleh Saeed Amir pada minit ke-76 dan AbdulAziz pada minit ke-84.
Keputusan ini kekal hingga wisel penamat yang menyaksikan Malaysia memungut 3 mata penuh dan meraih 7 mata selepas 3 perlawanan.