Kelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Diundi Bersama Thailand Sekali Lagi
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal berdepan ujian hebat Thailand dan dua lagi negara dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2025.

Pada sesi undian yang diadakan di Kuala Lumpur itu, skuad Malaysia B-23 di bawah bimbingan Nafuzi Zain telah diundi bersama negara jiran iaitu Thailand, Lubnan dan Mongolia.

Thailand telah dipilih selaku tuan rumah pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 bagi kumpulan F yang menyaksikan Malaysia, Lubnan dan Mongolia akan beraksi di sana bermula 1 hingga 9 September 2025.

Untuk rekod, Malaysia dan Thailand pernah diundi bersama ketika pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 pada tahun 2023 yang lalu dengan kedua-dua negara layak sebagai juara dan naib juara.

11 juara kumpulan bersama 4 naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di negara Arab Saudi dengan Jepun turun dengan status selaku juara bertahan.

Ketika saingan Piala Asia B-23 yang lalu, skuad negara yang dikendalikan oleh Juan Torres Garrido ketika itu mengakhiri cabaran di peringkat kumpulan apabila kalah kesemua 3 aksi.