“Kelebihan Memihak Kepada Selangor” – Hector Bidoglio
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menjangkakan satu perlawanan yang sukar dalam aksi final Piala Malaysia menentang Selangor FC malam ini. Namun beliau yakin anak buahnya akan memberikan aksi yang terbaik.

Ini kerana sasaran mereka adalah untuk memenangi empat piala yang dipertandingkan musim ini. Untuk rekod, JDT telah berjaya memenangi tiga piala yang dipertandingkan musim ini iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Kejuaraaan Liga Super.

“Perlawanan esok dijangka sukar, perlawanan akhir dan untuk sampai di sini adalah amat sukar tetapi pemain kami dalam keadaan baik, mereka sangat gembira kerana kami bermain satu lagi final.   

Advertisements

“Piala Malaysia ini amat penting buat JDT. Untuk memenangi empat piala dalam setahun sememangnya sukar, kami akan mengambil tanggungjawab penuh dan akan memberi segala-galanya di padang untuk memenangi piala ini,” katanya pada sidang media pra perlawanan.

Bidoglio juga menganggap Selangor memiliki kelebihan dalam perlawanan akhir malam ini. Ini kerana skuad yang dibimbing bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sangat kebal dan mempunyai satu taktikal yang sangat bagus.

“Banyak kelebihan di Selangor, mereka merupakan pasukan yang sangat kuat, sangat kukuh dalam bertahan dan sangat bagus dalam taktikal yang membolehkan mereka menjaring tiga gol dalam separuh akhir pertama ketika menentang Terengganu FC. Jadi ianya akan menjadi lebih mencabar dan kami perlu menggunakan kelemahan mereka untuk menguatkan kami,” kata beliau. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram