Kelemahan Pertahanan Ancam Aspirasi Sri Pahang Ke Asia
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Walaupun berjaya meraih kemenangan ke-13 dalam Liga Super semalam, kelemahan pertahanan Sri Pahang FC pastinya merungsingkan jurulatih mereka, Fandi Ahmad.

Ini kerana daripada tujuh perlawanan terakhir yang diharungi mereka, gawang Tok Gajah dibolosi sekurang-kurangya sekali dalam enam perlawanan. Ini termasuk kemenangan 3-2 mereka ke atas Kuching City FC.

Ad

Daripada tujuh perlawanan sama, dua daripadanya berakhir dengan kekalahan. Sri Pahang tunduk kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 8 Ogos sebelum tewas tipis 1-0 kepada KL City FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Ad

Biarpun mereka bangkit mengikat The City Boys 1-1 pada aksi suku akhir kedua pada 24 September lalu, kelebihan satu gol sudah cukup untuk membawa pelawat mara ke separuh akhir.

Akibat pertahanan mereka yang lemah, ini menggagalkan usaha Sri Pahang untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2014.

Ad

Situasi ini tidak dibantu dengan hakikat Sri Pahang hanya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam liga sebanyak tujuh kali dan menjaringkan 38 gol dalam liga mengikut statistik MFL.

Ad

Ini sama sekali berbeza dengan dua pencabar mereka yang turut memburu slot kelayakan ke kejohanan AFC musim hadapan.

Ad

Selangor FC mempunyai rekod tanpa bolos sebanyak lapan kali dan menjaringkan 64 gol. Manakala Kedah pula menjaringkan 43 gol dan tidak dibolosi sebanyak 10 kali.

Situasi ini perlu ditambahbaik oleh barisan kejurulatihan Sri Pahang diketuai Fandi jika ingin mengenepikan Selangor dan Kedah untuk slot Piala AFC.

Kali terakhir skuad Tok Gajah layak ke kejohanan tersebut ialah pada musim 2015 selepas meraih gelaran juara Piala FA pada 2014.