Advertising
Kelibat 5 Bintang Sensasi Rancakkan Pertemuan JDT vs Buriram United
ACL
MakanBola
JST/BUFC

Pertemuan JDT vs Buriram United pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) bakal menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi melibatkan 5 pemain bintang sensasi ini.

JDT kembali ke laman keramat sendiri dengan misi penting bagi memburu kemenangan ke atas Buriram Unites untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir ACLE di Arab Saudi.

Ad

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim ini dijangka bakal mencuri tumpuan dengan kedua-dua jaguh kini masih berpeluang mara setelah terikat tanpa gol di Buriram minggu lalu.

Ad

Di sebalik kehangatan pertemuan JDT vs Buriram, 5 pemain ini dijangka bakal menjadi perhatian oleh kedua-dua pasukan berbekalkan statistik lalu.

1- Alvaro Gonzalez

Ad

Bekas pertahanan Marseile ini cukup cemerlang memberikan impak segera buat pasukan JDT sebaik tiba pada 4 Februari lalu dan telah bermain penuh dalam semua 3 aksi ACLE yang terdahulu.

Ad

Gonzalez telah menjadi pilihan utama Hector Bidoglio di bek tengah dan dijangka terus diberi peranan penting untuk aksi kali ini selepas menerima penilaian paling tinggi pada minggu lalu.

Ad

2- Arif Aiman

Sosok Arif Aiman sekali lagi bakal menjadi perhatian peminat dan juga pertahanan Buriram bagi memastikan kawalan ketat diberikan demi merantai gerakan pemain sayap kanan yang cukup lincah ini.

Aksi Arif Aiman tidak pernah mengecewakan apabila turun beraksi di Stadium Sultan Ibrahim dengan beberapa kelab Asia sebelum ini terduduk dek kerana kelincahan dan juga penyudah pemain berusia 23 tahun ini.

Andoni Zubiaurre

Kelibat hero yang jarang didendang ini juga harus diberikan tumpuan oleh kerana ketangkasan Andoni ketika mengawal pintu gol JDT cukup-cukup hebat dan mengagumkan ramai peminat.

Dalam saingan ACLE ini, Andoni telah bermain penuh 9 aksi dan berjaya meraih 4 clean sheet termasuk ketika berdepan Buriram dengan satu tepisan yang cukup penting bagi JDT kekal tanpa bolos tempoh hari.

Goran Causic

Jeneral tengah Buriram ini mempamer aksi memukau ketika aksi pertama minggu lalu apabila dengan tenang dan cekap mengawal permainan selain menyekat asakan bertali arus oleh JDT ketika itu.

Khidmat Causic dijangka sekali lagi bakal menjadi taruhan penting Osmar Loss untuk pertemuan ini dan akan beraksi bersama Lucas Crispim dan Peter Zulj di bahagian tengah pasukan Buriram.

Kenneth Dougall

Keampuhan benteng Buriram ditunjangi oleh aksi kemas oleh Dougall dalam memberikan arahan serta mengatur serangan dari bawah dan tidak hairanlah beliau menjadi pilihan Osmar Loss untuk kempen ACLE kali ini.

Dougall yang akan memakai lilitan kapten bagi menggantikan tempat Theerathon Bunmathon akan berdepan satu lagi aksi sukar apabila perlu mengawasi Bergson dan juga Arif Aiman kali ini.

Aksi JDT vs Buriram United bakal berlangsung pada Selasa, 11 Mac di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula tepat jam 8 malam waktu Malaysia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments