Kemajuan Arif Aiman Dianggap Cukup Menakjubkan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi terus mencuri tumpuan selepas menampilkan aksi yang cukup cemerlang dalam perlawanan pertama saingan Liga Malaysia 2023.

Arif berjaya membantu JDT meraih kemenangan bergaya 2-0 mengatasi Terengganu sekaligus mengesahkan trofi Piala Sumbangsih kekal di bumi Johor.

Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof dalam rancangan Nindia Bola di Astro Arena tampil mengulas pandangannya berkaitan pemain ini. Pemerhati bola sepak tempatan ini menganggap Arif kini sudah berada pada kelas tersendiri.

Advertisements

“Arif Aiman? What a player. Assist beliau cukup sempurna dan kita dapat lihat dia lebih menjadi pada babak kedua permainan,” ujar Nizarudin.

Memetik kata-kata daripada B. Sathianathan, Syukor Adan juga senada dan akui perkembangan pemain berusia 20 tahun ini dilihat cukup menakjubkan.

“Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Coach Sathia, pemain ini berada pada satu tahap yang lain. Beliau gelecek dan terus membuat hantaran yang cantik untuk Bergson meledak.”

Advertisements

Tempoh hari, Arif cemerlang meraih satu assist dan beberapa kali berjaya melepaskan percubaan tepat. Corak permainan dan kelincahan pemain ini menjadi salah satu kelebihan buat skuad Harimau Selatan di bahagian sayap kanan.

Kemajuan Arif bersama JDT benar-benar konsisten. Arif semestinya akan terus dipertaruhkan pengendali JDT, Esteban Solari dalam aksi bertemu KL City di Stadium Cheras malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram