Kemajuan Mendadak Haqimi Azim Beri Nafas Baru Buat KL City
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Dengan Herlison Caion meninggalkan KL City FC secara persetujuan bersama, ramai ingin tahu siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Tetapi kemajuan yang ditunjukkan penyerang muda Haqimi Azim dijangka melegakan jurulatih City Boys, Bojan Hodak diharap dapat mengisi slot penyerang sokongan untuk penyerang utama mereka, Tchetche Kipre.

Musim ini menyaksikan Haqimi terpaksa menunggu peluang beraksi sebagai penyerang tengah. Ini disebabkan prestasi cemerlang yang ditonjolkan Kipre dan pilihan alternatif yang dibawa Caion.

Tetapi dengan bekas penyerang Selangor FC itu meninggalkan kelab, ini bakal memberi lebih banyak peluang kepada Haqimi beraksi dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Selain itu, kemampuannya beradaptasi dengan tuntutan permainan pasukan juga akan membantu KL City FC untuk baki saingan Liga Super musim ini.

“Saya fikir Haqimi akan dapat lebih banyak peluang dan itu terpulang kepada dia. Sebagai pemain muda, terlalu banyak perkara berlaku dalam kariernya.

Advertisements

“Dia datang dari skuad bawah 17 tahun sebelum dipanggil menyertai pasukan kebangsaan. Jadi, ia mungkin terlampau banyak untuk dia.

“Dia ambil sedikit masa untuk beradaptasi tetapi dia menunjukkan prestasi bagus dalam latihan. Dia menunjukkan kemajuan jadi dia akan dapat lebih banyak peluang untuk bermain,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Advertisements

Haqimi merekodkan sembilan penampilan dalam Liga Super musim ini dengan kebanyakannya sebagai pemain gantian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram