Kemasukan Dion Cools Bantu Pasukan Lonjak Ke Tangga Teratas Liga
Dunia
Instagram: @fcmidtjylland
Advertisements

Pemain pertahanan FC Midtjylland, Dion Johan Cools sekali lagi mencuri tumpuan apabila menampilkan aksi yang cukup mempersonakan ketika membantu pasukan mencatat kemenangan selesa awal pagi tadi.

Beliau tidak beraksi dalam kesebelasan utama pasukan ketika posisi di bahagian pertahanan kanan telah diisi oleh Joel Andersson dalam sistem 5 pertahanan yang digunakan oleh jurulatihnya, Bo Henriksen.

Namun begitu, pasukan Dion Cools tetap memperoleh jaringan pendahuluan pada minit ke-47 oleh Gustav Isaksen.

Advertisements

Usaha menambah jaringan terus dilakukan oleh FC Midtjylland dengan membawa masuk dua pemain iaitu Dion Cools bagi menggantikan Nikolas Dhyr dan juga Jens-Lys Cajuste untuk menggantikan penyerang Junior Brumado.

Sungguhpun pemain berusia 25 tahun itu beraksi di posisi pertahanan kiri, beliau kelihatan amat selesa untuk membantu pasukan bagi melancarkan serangan bertali-arus ke arah gawang lawan.

Gerakan pemain ini beberapa kali menghasilkan peluang yang baik pasukan namun dinafikan oleh barisan pertahanan yang sudah bersedia membenam serangan tuan rumah.

Advertisements

Hasilnya, gol kedua berjaya dijaringkan menerusi gerakan oleh pasukan yag berjaya disudahi dengan sempurna oleh pemain gantian, Victor Lind.

Cools juga mempamerkan seni bertahan dengan baik untuk mengekang kelincahan Lasso Coulibaly sekaligus menutup peluang untuk memperoleh jaringan.

Kemenangan ini membolehkan pasukan itu terus mengungguli saingan liga selepas lapan perlawanan dengan 18 mata selepas 8 perlawanan. Sungguhpun begitu, pasukan di tangga kedua, FC Copenhagen yang masih berkelebihan satu perlawanan dengan perbezaan hanya satu mata.

Advertisements

Ini merupakan satu persembahan yang baik oleh Cools dalam usaha mempersiapkan diri bagi mengetuai cabaran negara pada beberapa aksi persahabatan yang dijadualkan pada bulan Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram