Kemunculan semula pemain utama Kedah Darul Aman baru-baru ini menimbulkan persoalan besar.
Skuad kendalian Nafuzi Zain menghadapi aksi minggu 10 Liga Super 2024/25 menentang KL City FC menyaksikan Sang Kenari hanya turun dengan pemain b-23 sahaja.
Situasi itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong tentang situasi sebenar pasukan yang kini terpelosok di tangga ke-11 Liga Super.
Baru-baru ini, kelibat pemain utama Sang Kenari kembali muncul dalam perlawanan Piala MFL melibatkan pertemuan antara Kedah dan juga Sri Pahang.
Beberapa pemain utama pasukan utara tanah air itu beraksi dalam perlawanan tersebut seperti kapten pasukan, Rizal Ghazali bersama beberapa pemain lain termasuklah Irfan Zakaria, Ariff Farhan, Halim Saari dan Aiman Afif.
Kedah bagaimanapun kekal memperagakan aksi konsisten di atas padang terutamanya selepas mara ke pentas separuh akhir Piala FA 2024.
Nasib tidak menyebelahi pasukan apabila tunduk kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini.
Namun begitu, pemain utama Kedah masih tidak kelihatan turun menjalani latihan menjelang aksi seterusnya.
Aksi seterusnya bakal menemukan Kedah dan Sri Pahang pada 20 September 2024 di Stadium Darul Aman.