Kenny Pallraj Akui Penghijrahan Ke KL City Adalah Keputusan Terbaik Dalam Kariernya
Dunia
KLCITYFOOTBALL
Advertisements

Pemain kelahiran Perak, Kenny Pallraj telah berkongsi sedikit sebanyak pengalamanya ketika bersama KL City FC yang telah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Melaka United di separuh akhir dengan penentuan sepakan penalti. 

Kenny dalam pada itu menyatakan bahawa sebelum beliau memutuskan untuk meninggalkan pasukan Perak, ada beberapa buah pasukan memberi tawaran kepadanya. Namun, beliau bersama rakan sepasukannya, J.Partiban memilih KL City FC sebagai destinasi seterusnya.  

Pemain berusia 28 tahun itu memuji perancangan realistik Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard dimana Kenny sendiri yakin akan kemampuan Stanley untuk memainkan peranan yang besar dan kemudi pasukan dengan lebih baik.

Advertisements

“Apabila saya memutuskan untuk meninggalkan negeri saya yang tercinta Perak, ada beberapa pasukan yang menawarkan saya, tetapi saya mempunyai perasaan yang sangat kuat KL City FC ialah pasukan di mana saya dan Parti sepatutnya menuju seterusnya.”

“Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard mempunyai rancangan yang realistik untuk masa depan pasukan di mana saya percaya bahawa saya boleh memainkan peranan yang besar di dalamnya.”

Penantian 32 tahun berakhir, pemain tengah KL City ini percaya bahawa kejayaan ke pentas akhir kejohanan berprestij ini adalah hasil usaha daripada sebuah pasukan bukan individu. Sebelum ini, terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan tentang penghijrahan beliau bersama J.Partiban ke KL City.

Advertisements

Pencapaian yang dikecapi Kl City harini adalah bukti kepada mereka bahawa pasukan yang dikatakan kerdil juga mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memburu kejayaan. Beliau turut mengingatkan kepada semua pihak bahawa jangan memandang rendah terhadap mana-mana pasukan.

“Kini kami di Final. Semua ini bukan kerana seorang tetapi ia adalah kerana usaha pasukan yang hebat. Daripada pengurusan kepada jurulatih kepada pemain dan ramai lagi di belakang tabir.”

“Ramai yang mempersoalkan saya dan parti tentang perpindahan kami ke KL City FC. Kenapa KL? Mereka tidak baik mereka kecil mereka lemah!”

Advertisements

“Akan tetapi pencapaian hari ini akan menunjukkan kepada mereka apa itu KL. Jangan pandang rendah pada mana-mana pasukan. Kita mungkin kecil tapi kita besar sebagai sebuah KELUARGA.” kata Kenny Pallraj.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram