Kenny Pallraj Sudah ‘Move On’ Namun Kecewa Dengan Komen Berbaur Perkauman
Dunia
Kennyraj21
Advertisements

Pemain Kuala Lumpur City FC (KL City), Kenny Pallraj akui melakukan kesilapan besar apabila terlampau mengikut emosi ketika berada di atas padang. Namun fokus beliau kini adalah untuk kembali beraksi buat KL City dan membantu pasukannya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kenny dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali selepas beliau dilihat dengan sengaja menolak kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez.

“Saya memberitahu anda semua bahawa saya bukanlah seorang manusia yang sempurna, namun saya akan belajar daripada kesilapan lalu.

Advertisements

“Saya sangat teruja untuk beraksi semula bersama KL City dan bantu mereka capai sasaran yang ditetapkan,” katanya..

Selepas perlawanan bertemu JDT tempoh hari, Kenny ada memuatnaik satu kenyataan yang menimbulkan kontroversi. Kenyataan beliau berbunyi “Malaysia dah merdeka tapi bola sepak Malaysia masih lagi dijajah.”

Muat naik tersebut dipercayai berpunca daripada rasa marah beliau selepas beliau dilayangkan kad merah tempoh hari.

Advertisements

Kenny juga meluahkan rasa tidak senang apabila sesetengah pihak menyerang beliau dengan menghamburkan ayat-ayat berbaur perkauman.

“Ada sesetengah pihak menghina tindakan saya dengan melabelkan saya ‘koyak’. Malah, ada juga dalam kalangan mereka mengeluarkan komen berbaur perkauman.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih ada yang menyokong saya dengan memberi komen positif. Malah, ada yang mengatakan bahawa saya perlu ketepikan sahaja dan teruskan,” ujarnya kepada Sukan Sinar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram