Kenny Pallraj: Kita Tidak Tahu Apa Yang Tan Cheng Hoe Perlu Hadap
Dunia
FA Malaysia/Kennyraj21
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj baru-baru ini telah menzahirkan pandangan peribadinya mengenai skuad Harimau Malaya dan juga pengurus pasukan, Tan Cheng Hoe susulan tersingkir awal dalam saingan Piala AFF kali ini.

Beliau yang tidak dapat menyertai pasukan bersama-sama seorang lagi rakan sepasukan, Akram Mahinan yang turut mengalami kecederaan menjelaskan bahawa jurulatih Malaysia itu merupakan seorang individu yang amat luar biasa secara peribadinya dan merupakan seorang jurulatih yang sangat berkaliber.

’Bagi saya coach Tan sebagai seorang manusia secara umumnya merupakan seorang yang mempunyai hati yang sangat baik dan menghormati orang tidak kira sama ada baik kepada semua orang.’

Advertisements

’Beliau tak kira sama ada tua atau muda, sama ada kamu bermain bagus atau tidak dalam sesebuah perlawanan, dia akan sentiasa hormat kamu.’

Beliau juga menjelaskan bahawa pengendali berusia 53 tahun itu amat teliti dalam setiap tindakan yang dilakukan dan sentiasa berusaha untuk meletakkan kejayaan pasukan sebagai satu perkara yang paling penting.

’Sebagai seorang jurulatih, beliau mempunyai taktikal yang sangat bagus, sistem dan ideanya juga amat bagus selain mempunyai pandangan dan visi yang sangat jelas untuk memacu pasukan,’-Jelas Kenny dalam rancangan Bola Itu Life.

Advertisements

Namun begitu, beliau menzahirkan kerisauan apabila pemain tidak dapat melaksanakan tugasan dan perancangan yang baik untuk beraksi sebagaimana yang telah direncanakan dalam sesi latihan. Malah, beliau juga percaya pelbagai perkara yang perlu ditempuh oleh pemain mahupun barisan kejurulatihan untuk memberikan yang terbaik.

’Kita sebagai pemain pun perlu hadap pelbagai perkara untuk memberikan aksi yang terbaik dan kita juga (saya sendiri) tidak tahu apa yang perlu beliau hadap. Beliau sudah pun memberikan yang terbaik buat pasukan negara.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram