Ads
Kenyataan Rasmi Terengganu FC
Liga Super
Terengganu FC

Terengganu FC telah membuat kenyataan rasmi berhubung dua aksi Liga Super yang telah dipinda.

Advertisements

Malaysia Football League sebelum ini telah melakukan pindaan tarikh dua perlawanan aksi Liga Super melibatkan Terengganu FC iaitu menentang Selangor dan juga PDRM FC.

Advertisements

“Sebelum ini pihak Selangor FC telah memohon pindaan tarikh dari pada jadual asal 21 September 2024 ke satu tarikh yang lain untuk persetujuan bersama disebabkan pada 19 September 2024, mereka bertemu Muangthong United di Bangkok Thailand dalam saingan ACL2.

Advertisements
Advertisements

“Setelah dipertimbangkan, tiada tarikh yang sesuai untuk dipinda dan Terengganu FC setuju mengekalkan pada tarikh 21 September 2024 (sabtu) dengan tiada pindaan.

“Namun begitu, Malaysian Football League (MFL) telah memaklumkan tarikh 21 September 2024 (sabtu) tidak dapat dilangsungkan dan perlu ditunda serta menyarankan kepada Terengganu FC meminda kepada tarikh 22 September 2024 (ahad) atau 28 September 2024 (sabtu) dan juga menunda PDRM FC ke 04 Oktober 2024 (jumaat) dari jadual asal 29 September 2024 (ahad).

Advertisements

Terengganu bagaimanapun mengakui bahawa kedua-dua tarikh penukaran tersebut secara praktikalnya tidak membantu skuad Peteh.

“Namun begitu, kedua-dua tarikh tidak memihak kepada Terengganu FC. Terengganu FC terpaksa akur dengan pengelola liga pada tarikh 21 September 2024 (sabtu) tidak dapat dilangsungkan perlawanan tersebut,” jelas kelab dalam satu kenyataan.

Terengganu bersetuju untuk beraksi pada tarikh tersebut kerana memberi keselesaan kepada penyokong untuk hadir memberi sokongan.

Untuk rekod kehadiran penyokong jika bertemu pasukan seperti JDT & Selangor FC sekitar 50 – 70% kehadiran.

Kehadiran penyokong sebagai pemain ke.12, memberi impak besar kepada semangat pemain ketika beraksi tatkala TFC belum pernah tewas dalam saingan liga musim ini.

MFL juga meminda tarikh PDRM FC iaitu asalnya pada tarikh 29 September 2024 (ahad) kepada 04 Oktober 2024 (sabtu) dan memberi tempoh masa rehat 7 hari kepada TFC setelah mengharungi dua (2) perlawanan yang penting.

Secara rumusannya, kedua-dua tarikh yang disarankan tidaklah sesuai berbanding 21 September 2024 (sabtu).

Advertisements

Namun begitu, Terengganu FC akur serta terpaksa membuat keputusan yang terbaik demi pasukan dan kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram