Advertisements
Kenyataan Terkini Kedah Darul Aman
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kelab Liga Super, Kedah Darul Aman mengeluarkan kenyataan terkini berhubung perkembangan pasukan baru-baru ini.

Sang Kenari berdepan tempoh mencabar musim 2024/25 selepas beberapa masalah luar padang yang melanda pasukan.

Pemilik saham majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Daud bin Bakar memaklumkan bahawa kelab bekerja keras untuk memastikan pasukan ke arah lebih baik.

Menerusi satu kenyataan oleh kelab, KDA FC telah menghantar maklum balas kepada pihak Mahsuri Medical Centre.

“Pihak KDA FC telah menghantar maklum balas kepada tawaran pihak Mahsuri Medical Centre secara serahan tangan sekitar jam 4.45 petang tadi pada 7 November 2024,” ujar kelab dalam satu kenyataan.

Daud Bakar juga menjelaskan bahawa kelab tidak boleh bergantung kepada pertolongan sebaliknya perlu bekerja dengan lebih baik.

“Mengharapkan sesuatu bantuan dari orang lain indah tetapi bahaya. Keluarga KDA FC, banyak mengharapkan bantuan orang lain tetapi kebanyakannya tidak menjadi. Macam-macam alasan, rintangan dan juga perkara yang meragukan.

“Kita kecewa dan pemain serta pegawai serta staf KDA FC cukup terkesan serta sengsara. Namun begitu, mengharapkan sesuatu dari diri dan keluarga kita sendiri mungkin lebih indah dan lebih diyakini,” ujarnya.