Advertising
Kepala Ajaib Willian Lira Tutup Mulut Pengkritik
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Selepas dikritik hebat kerana mempamerkan aksi yang kurang bertenaga dalam beberapa perlawanan bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC), penyerang dari Brazil, Willian Lira menjawab kritikan penyokong dengan meledak dua gol dalam aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan semalam.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Kedah itu menyaksikan Lira beraksi untuk 86 minit perlawanan dan mempamerkan aksi luar biasa. Dua tandukan berbisanya berjaya mendiamkan ribuan penyokong tuan rumah yang hadir membanjiti Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Ad

Gol pertama Lira menjelma pada minit ke-30 hasil sepakan sudut yang diambil Manuel Hidalgo, Lira yang tidak dikawal dengan mudah menanduk masuk untuk jaringan pertama Kedah. Walaupun kedudukan disamakan oleh tuan rumah, Kedah tidak berhenti melakukan serangan bagi mendapatkan 3 mata berharga.

Ad

Lira sekali lagi mempamerkan bisa tandukannya apabila pada minit-72, beliau menyambut hantaran lintang dari Lee Tuck lalu menanduk deras menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel. Gol tersebut merupakan gol kelima Lira dalam saingan Liga Super musim ini.

Dengan lima gol dalam sepuluh perlawanan Liga Super, ternyata Willian Lira bukanlah tumpul seperti yang dikritik sesetengah penyokong Kedah sebelum. Malah Lira kini merupakan penjaring terbanyak buat pasukan Kedah.

Ad

Untuk rekod, Lira hadir ke Kedah selepas berhijrah dari kelab Liga Divisyen 2 Jepun, Ventforut Kofu. Rekod Lira bersama kelab Jepun itu kurang memberangsangkan apabila hanya menjaringkan 9 gol dari 39 perlawanan, namun jurulatih Kedah, Nafuzi Zain sudah pasti tahu sebab utama beliau membawa masuk penyerang berusia 29 tahun itu.

Ad

Ad