Ads
Kerisauan Jurulatih Russia Tentang Arif Aiman Jadi Kenyataan
ACL
Johor Southern Tigers

Kerisauan jurulatih Russia terhadap kemampuan sebenar Arif Aiman bertukar menjadi kenyataan.

Advertisements

Aksi AFC Champions League Elite menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas jaguh China, Shanghai Shenhua.

Advertisements

Pengendali kelab tersebut iaitu Leonid Slutskiy sudah pun berwaspada awal tentang kemampuan sebenar beberapa pemain Harimau Selatan.

Advertisements
Advertisements

Antara pemain yang berjaya mencuri perhatiannya ialah pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi yang dilabel antara watak penting skuad kendalian Hector Bidoglio.

“Saya tak ambil pusing sebab kita fokus secara keseluruhan. Tapi jika saya beritahu, pemain nombor 42 (Arif Aiman Hanapi), beliau menjaringkan dua gol (semasa menentang Shanghai Port),” katanya.

Advertisements

Kerisauan itu bertukar realiti apabila Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu menjaringkan gol ketiga di ACLE dalam hanya dua perlawanan untuk membantu JDT meraih kemenangan pertama.

Slutskiy turut kagum dengan beberapa pemain lain seperti Natxo Insa yang memiliki kualiti luar biasa untuk mengemudi jentera tengah JDT.

“Saya kagum dengan pemain nombor 30 (Natxo Insa). Beliau sekarang berusia 37 tahun tetapi beliau kelihatan cergas, sentiasa meliputi setiap ruang, sentiasa berusaha mendapatkan bola dan berjuang demi pasukan.

“Saya amat kagum dengannya kerana kita memiliki ramai pemain Sepanyol yang suka bermain, suka bertindak berani bila menyerang dan tidak kehilangan bola dengan mudah,” tambah Slutskiy.

Advertisements

JDT bakal berdepan Gwagju bagi aksi ketiga pada 22 Oktober 2024 di tempat lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram