Kerisauan Jurulatih Thailand, Surachai Jadi Kenyataan
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kerisauan jurulatih Thailand, Surachai Jaturapattarapong menjadi kenyataan apabila pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi mempamerkan aksi memukau ketika berdepan pasukan kendaliannya, BG Pathum United.

JDT berjaya melakar kemenangan bergaya di laman sendiri dalam aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 berdepan BG Pathum United dengan keputusan 4-1 menerusi dua jaringan daripada Bergson da Silva, Arif Aiman dan Endrick dos Santos.

Pengendali BG Pathum, Surachai Jaturapattarapong pada sesi sidang media sebelum perlawanan sudah menjangkakan pemain muda berbakat, Arif Aiman Hanapi bakal menjadi watak penting buat JDT. Beliau sudah memberitahu kepada anak buahnya untuk merantai setiap pergerakan pemain berusia 21 tahun itu.

Advertisements

“Antara pemain yang berada dalam tumpuan kami ialah Bergson, Heberty dan Arif. Pemain berjersi nombor 42 JDT ibarat permata berharga buat pasukan ini. Tanpa kelibat Arif, mungkin prestasi JDT akan berkurang kepada 30-40 peratus,” ujar Surachai ketika sesi sidang media pra-perlawanan.

Selain menampilkan aksi bertenaga, Arif Aiman turut mencacatat nama sebagai penjaring dan beliau berjaya mencipta satu bantuan jaringan.

Kelincahan Arif tidak dapat dikekang lawan dan prestasi Arif menjadikan beliau antara pemain yang meraih penilaian tertinggi pada aksi ACL malam semalam.

Advertisements

Menurut penilaian yang diberikan laman SofaScore, Arif menerima penilaian 8.3, menjadi pemain kedua yang meraih penilaian tertinggi selepas Bergson da Silva (8.5).

Kerisauan pengendali BG Pathum United, Surachai menjadi kenyataan apabila kelibat Arif ini memaksa anak buahnya akur di laman lawan. JDT menamatkan pentas ACL 2023 di kedudukan ketiga dalam saingan Kumpulan I. BG Pathum berada di tangga terakhir dengan tiada sebarang mata diraih wakil dari Thailand itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram