“Kerisauan Saya Menjadi Kenyataan” – Yusri Che Lah
MakanBola
Perak FC

Kerisauan pengendali Perak FC, Yusri Che Lah menjadi kenyataan pada aksi Liga Super di antara Perak dan Kuching City FC pada Selasa.

Yusri beranggapan taktik Kuching City membawa masuk pemain tengah import, Petrus Shitembi berjaya mengubah perlawanan.

Ad

“Kerisauan saya menjadi kenyataan apabila saya melihat Petrus Shitembi masuk, akan ada rombakan permainan dari pasukan Kuching City.

Ad

“Walau bagaimanapun, baik untuk kita fokus dalam setiap tindakan kita. Jika dilihat dengan jaringan pertama, kita boleh tidak membenarkannya dengan jaringan,” jelas Yusri seperti yang disiarkan TBG TV.

Konsistensi corak permainan Perak boleh dianggap hanya berlaku pada separuh masa pertama sahaja dan ianya berubah pada separuh masa kedua sekali gus menghadiahkan kemenangan berharga buat Kuching City.

Ad

Dalam aksi tersebut, Perak terlebih dahulu dihadapan melalui penyudah Wan Zack Haikal dan jaringan tersebut menutupi separuh masa pertama dengan Perak berjaya di hadapan.

Ad

Separuh masa kedua, pengendali Kuching City, Aidil Sharin membawa masuk pemain-pemain baru dan ianya taktik tersebut menjadi apabila Kuching bangkit dengan dua jaringan oleh Jordan Mintah dan Tchetche Kipre. Kuching City menang dengan keputusan 2-1.

Ad

Kekalahan Perak itu merupakan kekalahan ketiga berturut-turut di laman sendiri dengan sebelum ini mereka turut tewas kepada dua lagi pasukan iaitu kepada PDRM FC dan seterusnya kepada Penang FC.