“Jangan Pelik, Kerja Keras Ni Memang Budaya Orang Jepun” – Taiki Kagayama
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pemain import pasukan Sabah FC, Taiki Kagayama menjelaskan beberapa aspek penting yang telah mempengaruhi persembahannya di atas padang.

Beliau yang kini sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukan kendalian Dato’ Ong Kim Swee menegaskan ciri-ciri menarik yang ada pada permainannya sehingga dapat membantu pasukan melangkah dengan baik pada musim ini.

Menerusi satu temubual bersama MakanBola di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sebelum perlawanan semalam bermula, pemain berusia 26 tahun ini menjelaskan bahawa dirinya merupakan seorang ‘pejuang’ di atas padang.

Advertisements

Malah, ketika ditanya mengenai usaha yang tidak mengenal erti putus asa, beliau menegaskan bahawa ini merupakan elemen yang diterapkan sebagai orang Jepun.

“Saya sememangnya sentiasa bekerja keras di atas padang.”

“Inilah ciri yang diterapkan dalam diri pemain Jepun.”

Advertisements

Bukan itu sahaja, beliau juga amat terharu dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh para penyokong The Rhinos yang sentiasa hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pemain Sabah.

Beliau menjadi watak penting buat pasukan semalam apabila berada dalam kesebelasan utama pasukan ketika mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan.

Gandingan bersama Saddil Ramdani dan juga Baddrol Bakhtiar untuk merencanakan jentera serangan Sabah berhasil apabila berjaya menyukarkan tugas barisan pertahanan lawan.

Advertisements

Kini, Sabah berada pada tangga kedua selepas mengumpul 22 mata setakat ini dan hanya dipisahkan satu mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram