Advertisements
Kerja Naik Taraf Stadium MBPJ Kini Sudah 70% Selesai
Liga Super
MakanBola
Faris/MakanBola

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon memaklumkan bahawa kerja naik taraf Stadium MBPJ kini sedang giat dijalankan.

Advertisement

Pasukan Merah Kuning akan terus menggunakan Stadium MBPJ sebagai gelanggang tuan rumah Selangor bagi musim 2024/2025.

Ketika ditemui oleh media di SFC Iftar Of Hope, Pusat Latihan Selangor, Johan Kamal menyatakan bahawa proses naik taraf Stadium MBPJ kini sudah selesai sebanyak 70%. Ia dijangka siap sedia digunakan sebelum sepak mula Liga Super Malaysia pada bulan Mei kelak.

Advertisement

“Alhamdulillah, penambahbaikkan sedang berlangsung dengan baik. Saya rasa sudah hampir 70% dan kita sasarkan untuk ia siap pada penghujung bulan April.”

“Jadi secara puratanya kita sangat berpuas hari dengan komitmen yang diberikan pihak MBPJ dan kontraktor dalam menyiapkan stadium.”

Advertisement

CEO Selangor ini juga teruja melihat perkembangan dan kerja-kerja naik taraf stadium ini. Menurutnya, stadium ini pastinya akan digemari seluruh peminat dan penyokong Merah Kuning.

Advertisement

“Saya yakin apabila musim bermula, stadium ini berada dalam keadaan yang sangat cantik dan amat berfungsi untuk para penyokong dan pemain.”

Selangor yang diterajui ketua jurulatih baharu, Nidzam Jamil bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL 2) musim ini. Naib juara Liga Super 2023 dijangka bakal menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Malaysia untuk musim 2024/2025.

Advertisement