Kerja Keras Syamer Kutty Ketika Lawan Turkmenistan Yang Ramai Tidak Tahu
Asia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Selepas mempamerkan aksi meyakinkan dalam dua aksi persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong, skuad Harimau Malaya meneruskan konsistensi kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan yang menduduki ranking lebih tinggi iaitu Turkmenistan dengan keputusan 3-1.

Disebalik kemenangan berharga menewaskan Turkmenistan, kerja keras pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba dalam mengawal bahagian tengah wajar diberikan pujian.

Menurut laporan dari laman twitter dreamsDatabits, Syamer telah melakukan kerja sebagai pemain tengah bertahan dengan sangat baik. Jika dilihat dari roadmap Syamer ketika menentang Turkmenistan, beliau sentiasa bergerak di segenap posisi padang untuk mendapatkan bola.

Advertisements

Walaupun gagal menjaringkan gol atau menyumbang bantuan gol, namun keghairahan Syamer untuk menggerakkan bola dan memulakan serangan ternyata sedikit sebanyak membantu bahagian serangan untuk menyudahkan setiap gerakan yang dimulakan Syamer.

Dengan mempunyai saiz dan kawalan bola yang baik, pastinya Syamer menjadi aset terpenting buat Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon. Gandingan tengah bersama Nor Azam Azih dan Safawi Rasid dijangka akan terus ditagih untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Bahrain esok.

Malaysia kini mendahului kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 dengan 3 mata berkongsi mata dengan Bahrain yang menewaskan Bangladesh 2-0 dalam aksi pertama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram