Advertising
Kerjasama Selangor & New York Dutch Lions Perkasa Bola Sepak Wanita
UltraSukan
FA Selangor Womens

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan satu kerjasama bersama kelab New York Dutch Lions bertujuan untuk memperkasa pasukan wanita.

Pada Khamis, FAS dalam sebuah kenyataan mengumumkan kerjasama strategik bersama New York Dutch Lion sebagai salah satu langkah bagi memperkasa ekosistem bola sepak wanita di negeri itu.

”Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dengan berbesar hati mengumumkan kerjasama strategik bersama New York Dutch Lions FC dalam usaha memperkasa ekosistem bola sepak wanita di Negeri Selangor,” umum badan induk itu.

Ad

“Kerjasama ini menandakan komitmen kedua-dua pihak dalam membangunkan bola sepak wanita melalui program latihan yang merangkumi pembangunan bakat, pendidikan kejurulatihan dan teknikal di peringkat antarabangsa.”

Ad

Tiga intipati penting dalam kerjasama ini adalah melibatkan laluan ke pentas antarabangsa dengan bakat-bakat wanita dari Malaysia berpeluang untuk meneroka aksi di luar negara.

Selain itu, perjanjian ini turut memberi penekanan terhadap pembangunan menerusi perkongsian ilmu dan juga budaya bola sepak di Malaysia dan juga Amerika Syarikat.

Ad
Ad

Malaj, kerjasama bersejarah ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran dari sudut kejurulatihan menerusi penganjuran klinik bola sepak dan sesi-sesi pencarian bakat kelak.

Ad

Pihak FAS dalam kenyataan sama turut meletakkan harapan supaya kerjasama erat ini dapat menjadikan negeri Selangor sebagai hab bola sepak wanita yang mampu mencapai tahap tertinggi.

Untuk rekod, pasukan wanita Selangor mengakhiri saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 di tangga ketiga dengan 29 mata hasil 9 kemenangan, 2 keputusan seri dan juga 3 kekalahan.

Tonggak muda Selangor, Ainsyah Murad telah dinobatkan sebagai pemain terbaik LWN 2024 apabila meledak 15 gol dan 10 bantuan jaringan skuad wanita Gergasi Merah itu.