Advertising
LWN Lahirkan Lebih Ramai Permata Malayan Tigress
UltraSukan
FA Malaysia

Liga Wanita Nasional (LWN) dilihat melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti buat skuad Malayan Tigress.

Pandangan ini disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob. Ini berdasarkan pengamatan beliau tentang senarai pemain yang dipanggil jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi.

Ad

Beberapa aksi antarabangsa membabitkan skuad bola sepak wanita Malaysia menyaksikan beberapa pemain diberi peluang membuat penampilan pertama.

Ad

Antara yang diberi peluang oleh Soleen ialah Juliana Barek, Hadfina Firdaus, Rocillyeka Lole dan Amirah Rahman, Farisya Hanim dan Ayuna Anjani.

Suraya melihat pemain-pemain ini mampu membarisi skuad kebangsaan sekiranya bakat mereka terus digilap oleh pasukan masing-masing.

Ad

“Peluang pemain muda menggalas cabaran Malaysia pada peringkat antarabangsa menjadi antara aspek positif hasil aksi konsisten dalam saingan LWN 2024,” katanya.

Ad

“Jika kita lihat, pada tahun lalu, skuad wanita negara memberi ruang kepada lebih ramai pemain muda untuk menggalas cabaran ke Arab Saudi. Purata umur pemain adalah sekitar 23 tahun.

Ad

“Kita perlu memberi pemain muda pendedahan agar dapat beraksi lebih baik pada peringkat tertinggi dan lebih kompetitif.”

Kehadiran pemain-pemain ini amat penting terutama menjelang saingan Sukan SEA 2025 di Thailand yang berlangsung pada penghujung tahun ini.