Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Jika semalam pemain import Kelantan FC, Kervens Belfort membuat kejutan dengan mengucapkan selamat tinggal, hari ini pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham menjelaskan apa yang berlaku.

Umum mengetahui bahawa Belfort jarang diturunkan Kelantan pada musim lalu gara-gara beberapa siri kecederaan dan kemuncak kecederaan Belfort telah berlaku pada Julai tahun lalu di mana berlakunya pertembungan di antara beliau dan pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dalam aksi Liga Premier 2022.

Sejak dari itu, tiada lagi kelibat Belfort dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan Kelantan. Zamsaham menjelaskan bahawa Belfort masih lagi dibelenggu kecederaan dan jurulatih Kelantan, Choi Moon-sik mengambil keputusan untuk merehatkan Belfort.

Advertisements

“Belfort masih cedera. Kalau dia sudah pulih, InsyaAllah dia akan bersama Kelantan. Buat masa ini, ketua jurulatih, Choi Moon-sik kata rehatkan dia (Belfort) dahulu,” jelas Zamsaham di ruangan komen di laman Facebook beliau.

Zamsaham Kervens Belfort Bukan Dibuang Kelantan
Zamsaham menjawab persoalan berkenaan Belfort.

Ini menandakan harapan untuk melihat gandingan Belfort bersama penyerang baharu Kelantan, Nuha Marong semakin samar. Selain Nuha, Kelantan juga membawa masuk beberapa pemain import baharu seperti Christian Rontini, Miguel Cifuentes, Kim Ming-kyu dan Kang Eui-chan. Dalam masa yang sama Kelantan turut memanggil bekas pemain import mereka pada musim 2021 iaitu Mario Arques.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram