Kesengsaraan Empat Bulan Harry Kane Di Munich Berakhir
Eropah
Bundesliga
Advertisements

Selepas selama empat bulan terpaksa tidur di hotel lima bintang, kini penyerang England dan Bayern Munich, Harry Kane boleh menarik nafas lega apabila menjumpai rumah yang sesuai untuk diduduki.

Melalui laporan dari Goal, Kane kini sudah menjumpai rumah tetap. Rumah tersebut pernah didiami oleh bekas pemain Bayern yang kini beraksi untuk Paris Saint Germain (PSG), Lucas Hernandez.

Sebelum menjumpai rumah tersebut, Kane terpaksa tidur di Hotel Vier Jahreszeiten Kempinski di Munich dengan bayaran yang dilaporkan The Sun adalah sebanyak 10,000 euro untuk penginapan satu malam.

Advertisements

Biarpun berdepan kesukaran mencari rumah yang sesuai untuk didiami, namun ianya bukanlah satu masalah besar buat Harry Kane untuk mempamerkan aksi berkualiti bersama Bayern Munich musim ini.

18 gol yang berjaya dijaringkan Kane dalam 12 perlawanan pertama musim Bundesliga telah memecahkan rekod 17 gol yang dibuat oleh legenda Bayern, Gerd Muller.

Penyerang England itu juga berada di landasan yang tepat untuk mengejar rekod bekas penyerang Bayern, Robert Lewandowski yang meledak 41 gol dalam satu musim Bundesliga.

Advertisements

Bayern Munich kini di tangga kedua Bundesliga dengan mengumpul 32 mata selepas 12 perlawanan. Bayern dibezakan dua mata dengan pendahulu liga, Bayer Leverkusen yang cemerlang di bawah kendalian lagenda Sepanyol, Xabi Alonso.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram