Kesengsaraan Enzo Fernandez Di Chelsea Bakal Berakhir
EPL
Chelsea fc
Advertisements

Ejen Enzo Fernandez, Uriel Perez kini sedang dalam perbincangan dengan beberapa kelab yang sesuai buat pemain muda terbaik Piala Dunia 2022 ini.

Menurut Football Transfer, pemain muda kelahiran Argentina itu sedang mempertimbang keputusan untuk keluar daripada kelab.

Chelsea menandatangani Enzo Fernández dari Benfica pada tahun 2023 dengan tandaharga RM500 juta (RM 628 juta) dan mengikat kontrak 8 tahun kekal sehingga 2031.

Advertisements

Chelsea kini berada di tangga ke-11 Liga, mengumpul 31 mata dengan 9 kemenangan, 4 seri dan 10 kekalahan dalam 23 perlawanan.

Pemain berusia 23 tahun ini membuat penampilan sebanyak 28 perlawanan dan mencatatkan 5 gol serta 1 bantuan gol pada musim 2023/24.

Advertisements

Bukan satu tugas mudah buat Enzo untuk hadapi cabaran di Liga Perdana Inggeris dan juga tekanan sebagai seorang pemain muda yang termahal.

Ianya agak sukar untuk Chelsea melepaskan Enzo kerana sebelum ini kelab telah membayar anggaran sebanyak RM600 juta klausa perpindahan pemain tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram