Kesengsaraan Jadon Sancho Di Man United Akan Berakhir
Eropah
Manchester United
Advertisements

Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho kini boleh menarik nafas lega apabila bakal mendapat peluang beraksi semula selepas sekian lama tidak merasainya,

Sancho dikatakan bakal berlepas ke kem latihan gergasi Jerman, Borussia Dortmund di Marbella, Sepanyol dalam masa terdekat. Perbincangan akhir sedang dilakukan oleh pihak United dan Dortmund untuk merealisasikannya.

“Perjalanan Jadon Sancho ke kem latihan di Marbella untuk menyertai kem Borussia Dortmund sedang disediakan kerana butiran akhir sedang dibincangkan dengan Man United.

Advertisements

“Ia mengenai langkah akhir rundingan dengan yuran adalah sekitar €4 juta yang merangkumi pinjaman & gaji. Sancho, menunggu lampu hijau untuk memulakan perjalanan,” coret wartawan terkenal, Fabrizio Romano di laman X.

Barisan pemain Dortmund kini berada di Marbella untuk kem latihan di sana untuk membuat persiapan lebih jitu menjelang separuh musim kedua Liga Jerman.

Kali terakhir Sancho membuat kemunculan dalam skuad Man United adalah pada 26 Ogos tahun lalu ketika menentang Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Advertisements

Beberapa bulan yang lalu, terdapat laporan dari eropah yang mengatakan nama Sancho sudah tidak lagi berada di dalam kumpulan Whatsapp yang menjadi platform utama Ten Hag dalam menyampaikan info penting terhadap para pemain United.

Situasi bertambah buruk apabila Sancho juga tidak dibenarkan menggunakan dewan makan bersama pasukan utama United. Sancho terus tersisih dan memerlukan perpindahan untuk menghidupkan semula karier beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram