Ads
Liga Super
KL City FC

Penyerang muda KL City, Haqimi Azim mahu bekerja lebih keras dalam meraih kepercayaan Bojan Hodak untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Posisi penyerang tengah KL City kini menjadi keutamaan Haqimi pada musim ini.

Advertisements

“Bagi saya ketiadaan Caion turut memberi impak kepada saya kerana posisi utama saya adalah penyerang tulen, jadi ketiadaan Caion amat berharga buat saya kerana Coach Bojan kini menurunkan saya selaku penyerang tulen.” ujar Haqimi dalam temu ramah bersama MakanBola.

Advertisements

Beliau turut mengakui lebih kerap diturunkan selaku penyerang tengah pasukan pada musim ini berbanding pada musim lalu dimana beliau turut bermain dibahagian sayap pasukan.

Advertisements

Advertisements
Haqimi Azim KL City FC "Ketiadaan Caion Amat Berharga Buat Saya" - Haqimi Azim
Haqimi Azim

Haqimi kini telah diturunkan dalam 11 perlawanan bersama KL City pada musim ini dan kebanyakannya selaku pemain gantian namun beliau tetap berjaya menyumbang 1 bantuan jaringan buat kelab.

Perpindahan Caion ke Ha Noi FC pada bulan Jun lalu telah membuka peluang buat penyerang muda berusia 20 tahun tersebut untuk beraksi sebagai penyerang tengah KL City.

Advertisements

Haqimi juga mahu memberikan yang terbaik seandainya diberikan peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan KL City dalam perlawanan akhir Piala FA menentang JDT kelak.

“Jika saya bekerja keras dan diberi peluang untuk membarisi kesebelasan pasukan atau dimasukkan pada babak awal separuh masa kedua, saya akan buat yang terbaik bersama KL City untuk menjulang Piala FA, InsyaAllah.” tambah beliau lagi.

Advertisements

Haqimi kini perlu berebut tempat bersama pemain import KL City seperti Romel Morales dan Kipre Tchetche untuk mengisi posisi penyerang tengah KL City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram