Ketiadaan Faisal Halim Buka Ruang Buat Rakan Sepasukan Beraksi Menentang Kemboja
Dunia
Johor Southern Tigers/ PJ City
Advertisements

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), terdapat dua pemain pasukan negara yang berada dalam pasukan telah disahkan positif COVID-19 selepas melakukan ujian PCR ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu.

Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah pemain pasukan Terengganu FC, Mohd Faisal Halim dan juga penjaga gol pasukan Selangor, Khairul Azhan sekaligus menyebabkan pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe bakal meneruskan persiapan dengan baki pemain sedia ada menjelang perlawanan pertama pada esok hari.

Ini juga bakal memberi peluang buat para pemain sayap lain yang dibawa oleh Malaysia untuk mendapat minit permainan pada aksi pembukaan yang bakal menyaksikan pemain negara bakal bertemu pasukan Kemboja pada jam 5.30 petang esok.

Advertisements

Nama-nama seperti Akhyar Rashid dan juga Safawi Rasid yang sudah sinonim dengan Harimau Malaya dilihat masih menjadi taruhan terbaik pasukan selain kudrat pemain paling bernilai 2021, Arif Aiman pastinya bakal memberi mimpi ngeri buat lawan yang sedar akan kemampuan yang dimiliki oleh pemain ini.

Bukan itu sahaja, kehadiran pemain sayap kanan PJ City FC, Kogileswaran Raj ke dalam skuad kali ini pastinya memberi dimensi berbeza terhadap pasukan negara apabila pemain berusia 23 tahun ini telah pun membantu pasukan menerusi 2 gol dan 3 bantuan gol musim ini.

Ini sekaligus menyebabkan ketiadaan Faisal dilihat tidak memberi masalah disebabkan kualiti yang dimiliki oleh pemain lain dilihat mampu untuk mengisi kekosongan tersebut.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram