Piala AFF: Faisal Halim & Khairulazhan Disahkan Positif Covid-19
Harimau Malaya
Advertisements

Dua pemain skuad kebangsaan yang berada di Singapura untuk kempen Piala AFF 2020 disahkan positif Covid-19.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi akaun Facebooknya mengumumkan hal ini dan menyatakan Faisal Halim dan Khairulazhan akan dikuarantin

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa dua pemain skuad Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura telah disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu diperolehi.”

Advertisements

“Dua pemain berkenaan – Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim kini diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga 10 hari oleh pihak berkuasa di Singapura ini yang mana tahap kesihatan mereka akan dipantau secara harian memandangkan mereka tidak bergejala.”

“Jika ujian selanjutnya itu mendapati pemain tersebut telah bertukar status kepada negatif COVID-19, maka mereka akan dibenarkan untuk kembali menyertai aktiviti bersama pasukan dengan serta-merta dan juga dapat beraksi pada baki kejohanan ini.”

“Biarpun tanpa dua pemain ini, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tetap akan meneruskan perlawanan pertama Kumpulan B berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok dengan baki pemain lain yang ada selepas kesemua mereka diuji negatif pada ujian susulan yang telah pun dilakukan.” Jelas Saifuddin Abu Bakar.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Kemboja pada Isnin jam 5.30 petang sebagai perlawanan pembukaan pasukan Malaysia di Piala AFF 2020 di Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram