Ketumpulan Penyudah Resahkan KL City
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Ramai penyokong KL City FC resah dengan ketumpulan jentera serangan pasukan itu dalam aksi pembukaan Liga Super 2024/25 baru-baru ini.

KL City yang turun menentang Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi kapten, Paulo Josue pada minit ke-12.

Walau bagaimanapun, The Cats kembali menyamakan kedudukan enam minit selepas itu menerusi bekas penyerang PJ City FC, Pedro Henrique.

Advertisements

Meskipun The City Boys dipaksa bermain dengan 10 orang selepas Adrijan Rudovic dibuang padang, pasukan itu mendapat beberapa peluang menguji Kuching City.

Malangnya, ketumpulan penyudah memastikan kedua-dua pasukan hanya mendapat satu mata pada akhir perlawanan.

Advertisements

Perkara ini turut meresahkan Josue dalam temubual pasca-perlawanan dengan wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman untuk Nadi Arena.

Pemain tengah Harimau Malaya itu menyifatkan dengan situasi yang dihadapi mereka, KL City sepatutnya memanfaatkan peluang tersebut untuk mendahului.

Advertisements

“Lihat, saya sudah lihat para pemain di atas padang. Dan saya tahu bagaimana mereka memberi reaksi kepada situasi tersebut (Rudovic dibuang padang).

“Kita terpaksa bermain tanpa dua penyerang di bahagian hadapan. Kita tahu kita akan bermain (dengan 10 pemain) untuk baki 65, 70 minit.

Advertisements

“Saya fikir kita mendapat dua, tiga peluang yang baik untuk menjaringkan gol tetapi malangnya, itu tidak berlaku. Kita terpaksa bertahan dan mempertahankan keputusan (1-1 sehingga tamat perlawanan),” katanya.

Isu ini turut disentuh bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan semasa menjadi panel program Nindia di Astro Arena semalam.

Beliau menyifatkan KL City terlampau bergantung kepada Josue dan Zhafri Yahya untuk mendapatkan gol. Razman percaya jika isu ini berterusan, ini akan menyukarkan pasukan itu merekodkan lebih banyak keputusan positif.

“Saya pernah bercakap KL City (mengalami) masalah penyerang. Dan KL City masih dan pasti akan mengharapkan sentuhan Paulo Josue (dan Zhafri Yahya) untuk menjaringkan gol. Dan itu yang berlaku dalam perlawanan ini,” katanya.

KL City bakal berdepan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk aksi liga seterusnya pada 25 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram