Ads
Transfer
Sri Pahang FC

Sri Pahang FC tidak dapat menggunakan khidmat bintang Filipina, Kevin Ingreso menjelang aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) malam ini.

Advertisements

Ini selepas bintang Filipina itu sudah tamat kontrak bersama skuad Tok Gajah. Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisements

Perkara ini turut disahkan Ingreso menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya semalam.

Advertisements

Advertisements

“Mengucapkan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah tetapi memorinya akan terus berkekalan. Terima kasih semua atas ucapan selamat tinggal penuh mesra.

“Saya harap kita dapat bertemu antara satu sama lain satu hari nanti! Ianya satu tempoh yang bagus! Terima kasih Sri Pahang,” katanya.

Advertisements

Kontrak Ingreso sudah tamat sejak 30 November lalu. Ini menjadikan perlawanan Penang FC menentang Sri Pahang pada 26 November lalu sebagai perlawanan terakhir beliau bersama pasukan gergasi Pantai Timur itu.

Sebaik hantaran tersebut dimuatnaik di Instagram, ramai rakan sepasukan baik dari Sri Pahang mahupun dalam skuad kebangsaan Filipina mengucapkan selamat berjaya kepada Ingreso.

Antara yang berbuat demikian ialah OJ Porteria, Nick Swirad, Sherzod Fayziev dan Sirojiddin Kuziev.

Zulhelmi mendedahkan Ingreso bakal berhijrah ke Thailand dan mewarnai saingan Thai League 1 pada tahun 2024.

Bintang Filipina itu telah merekodkan 21 penampilan bersama Sri Pahang FC dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Advertisements

Tempoh tersebut menyaksikan Ingreso menjaringkan dua gol dan mencipta lima bantuan gol untuk skuad Tok Gajah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram