Khalid Samad Letak Jawatan, Nenad Bacina Tinggalkan KL City
Liga Super
KLFA/KL City FC
Advertisements

KL City FC menerima tamparan hebat apabila dua figura utama pasukan telah meletak jawatan.

Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad sah meletak jawatan pada hari ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di X baru-baru ini. Khalid menggalas peranan sebagai presiden persatuan tersebut sejak tahun 2019.

Advertisements

Seorang lagi figura yang sah meninggalkan The City Boys ialah jurulatih pasukan dari Croatia, Nenad Bacina.

Perkara ini dinyatakan sendiri Bacina menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya pada hari ini.

Advertisements

“Ini satu keistimewaan bagi saya untuk dikelilingi oleh rakan dan rakan sekerja yang dikasihi. Dalam kehidupan, perkara yang paling sukar ialah berpisah dengan orang yang dikasihi dalam sesebuah kerjasama yang berjaya.

“Sebagai balasan, kami sentiasa mempunyai kenangan tentang kejayaan dan saat-saat indah (yang dikongsi) bersama.

Advertisements

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan, pemain, penolong jurulatih yang dikasihi, semua staf kejurulatihan dan sudah tentu semua peminat dan penyokong Kuala Lumpur City FC.

“Ini sudah tentu bukan selamat tinggal. Saya ucapkan selamat tinggal kepada KL City dan saya ucapkan selamat berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Advertisements

Sebaik hantaran tersebut disiarkan di Instagram, ramai pemain yang pernah beraksi di bawah bimbingan Bacina dan staf kejurulatihan KL City mengucapkan selamat berjaya kepada beliau.

Antara pemain yang berbuat demikian ialah Akram Mahinan, Sebastian Avanzini, Fadhli Shas dan jurulatih penjaga gol, Guilherme Almeida.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram