Khidmat Mahali Jasuli Jadi Buruan Tiga Pasukan
Transfer
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Khidmat bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli terus menjadi buruan pasukan-pasukan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.

Terbaru, bek kanan berusia 35 tahun itu mendedahkan khidmatnya diintai oleh tiga pasukan Liga M3 yang berpangkalan di Lembah Klang.

Buat masa ini, Mahali masih belum membuat keputusan tentang pasukan baru pilihannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan FC pada akhir musim 2023.

Advertisements

“Memang semua sedia maklum kan, kebanyakan (slot) pasukan Liga Super sudah penuh. Saya tak dapat buat keputusan pasal Liga Super itu.

“Tapi ada beberapa pasukan Liga M3 sudah menawarkan kontrak. Tapi itu pun, keputusan masih di tangan saya. Jadi, berkemungkinan ke Liga M3.

“Ada tiga pasukan yang saya sudah berurusan. Tapi saya belum membuat keputusan. Tapi semuanya dari Lembah Klang,” katanya kepada media selepas Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia Musim 2024/2025) semalam.

Advertisements

Musim 2023 menyaksikan Mahali mewakili skuad Rusa. Sepanjang musim tersebut, beliau merekodkan 25 penampilan, satu gol dan lima bantuan gol mengikut data terkini Transfermarkt.

Selain Negeri Sembilan, Mahali pernah mewakili Selangor FC, Harimau Muda, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan PJ City FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram