Khidmat Noor Al-Rawabdeh Diintai Selangor?
Dunia
Persatuan Bola Sepak Jordan
Advertisements

Selepas menamatkan musim sebagai naib juara Piala Malaysia musim lepas, Selangor mahu bangkit dan kembali mencabar trofi-trofi Liga Malaysia musim 2023. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Gergasi Merah dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh.

Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi ciapan di Twitter semalam.

Noor bukanlah asing bagi bek tengah Merah Kuning, Yazan Al-Arab. Ini kerana kedua-duanya merupakan sebahagian daripada pasukan kebangsaan Jordan.

Advertisements

Kali terakhir kedua-duanya bergandingan ialah dalam perlawanan persahabatan Jordan menentang Sepanyol. Ia sebagai persiapan Piala Dunia skuad yang dibimbing Luis Enrique ketika itu pada November 2022.

Jika perpindahan ini direalisasikan, Noor akan menambah elemen kreativiti di bahagian tengah skuad Merah Kuning yang diterajui kapten Brendan Gan, Mukhairi Ajmal dan Aliff Haiqal.

Ketika ini, Selangor mempunyai empat awang import bagi menghadapi saingan liga musim 2023 iaitu Alexander Agyarkwa, Richmond Ankrah, Yazan dan Hein Htet Aung.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram