Khidmat Wan Kuzri Dan V Annil Ditagih Brad Maloney Saat Akhir
Asia
Football Association Malaysia
Advertisements

Dua prospek muda negara, Wan Kuzri dan V Annil bakal dipanggil untuk diserap masuk ke dalam skuad kendalian Brad Maloney bagi saingan kelayakan Piala Asia B-23 kelak.

Menurut laporan daripada Astro Arena, selain empat pemain daripada skuad senior negara, perbincangan sedang diadakan untuk mendapatkan Wan Kuzri Wan Kamal yang berada di Amerika Syarikat serta V Annil dari Jerman.

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney berpendapat bahawa khidmat dua orang pemain ini ditagih pasukan. Jika mereka dapat sertai bersama, maka itu merupakan suatu bonus tambahan.

Advertisements

“Kami masih berusaha tentang perkara itu dan kami masih berbincang. Memang ada dalam perancangan kami. Jika kami dapat khidmat mereka, maka itu adalah sangat baik.”

Bagaimanapun, Brad menganggap dengan situasi ketika ini, terdapat beberapa halangan dan kekangan yang menyukarkan persiapan. Namun pihaknya akan terus berusaha untuk mendapatkan tenaga dua orang pemain yang sedang berkelana di luar negara itu.

“Dengan berhadapan dengan situasi sekarang, kami masih mencari jalan untuk mendapatkan mereka. Dari beberapa sudut seperti perjalanan, logistik dan kuarantin, maka kami perlu mengambil pertimbangan.”

Advertisements

Kemasukan Wan Kuzri dan V Annil ke dalam skuad bawah 23 tahun negara pasti akan menjadi tonik tambahan buat pasukan. Keupayaan Wan Kuzri mengemudi barisan tengah sementara V Annil yang beraksi di posisi pertahanan dengan baik pasti akan membantu skuad negara memberi cabaran dalam saingan kelayakan Piala Asia B-23 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram