Pertahanan kental Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee dilaporkan akan meninggalkan pasukan Selangor untuk menyertai sebuah pauskan yang berpangkalan di Utara tanah air.
Pemain berusia 28 tahun itu menyertai The Red Giants dari Negeri Sembilan pada musim ini dengan status sebagai pertahanan paling menyerlah musim lalu.
Beliau yang menjadi watak penting buat Harimau Malaya sejak tahun lalu bagaimanapun gagal meraih minit permainan yang diharapkan selain kecederaan ketika Piala AFF tahun lalu terus menghantui.
Pemain yang mesra disapa Jimmy itu bagaimanapun dikhabarkan sedang dipantau oleh beberapa kelab di Liga Super.
Menerusi satu laporan oleh wartawan, T. Avineshwaran, pemain kelahiran Melaka ini dikatakan menarik minat Penang untuk memperkuatkan pasukan.
Khidmat Khuzaimi dikatakan bakal disambar secara pinjaman namun semuanya dikatakan bakal terletak di tangan pemain itu sendiri.
Di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, beliau hanya meraih 359 minit permainan sepanjang 15 aksi Liga Super dan menjadi pilihan keempat di belakang Sharul Nazeem, Harith Haiqal dan juga Yazan Al-Arab.