Gerakan ‘Double X’ Khuzaimi Piee Buktikan Beliau Pertahanan Moden Sejati
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Pertahanan tengah pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee menjadi watak penting buat pasukannya apabila mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan ketika menewaskan Sri Pahang dengan keputusan 3-0.

Pemain berusia 28 tahun itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh K. Devan untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Beliau memiliki ketenangan yang cukup baik untuk merencanakan perlawanan selain membantu untuk mengawal tempo pasukan.

Advertisements

Aksi pertahanan kental Harimau Malaya ini membuatkan barisan serangan Sri Pahang kelihatan buntu sepanjang 90 minit permainan.

Pada perlawanan itu, Khuzaimi menjadi wata utama apabila berjaya membantu rakan sepasukan menerusi penciptaan peluang hasiil daripada tendangan percuma.

Kelebihan kaki kiri ’emas’ Khuzaimi itu menjadi punca apabila sepakan percumanya itu singgah di kepala Gustavo untuk gol pedahuluan Negeri Sembilan.

Advertisements

Malah, gol ketiga juga berpunca daripada hantaran bijak Khuzaimi yang mencari Herold Goulon sebelum melakukan ‘set up’ untuk Matthew Alves bagi mengesahkan kemenangan pasukan.

Beliau membuktikan bahawa dirinya mempunyai elemen pertahan moden sejati yang mampu untuk melakukan hantaran-hantaran tepat mencari rakan sepasukan.

Negeri Sembilan kini berada di tangga kedua selepas 10 perlawanan dengan mengumpul 18 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram