Khuzaimi Piee Rasmi Bergelar Tonggak Baharu Selangor
Dunia
NSFC1923
Advertisements

Pertahanan tengah kebal Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu skuad Selangor FC.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Negeri Sembilan pada musim lalu.

Khidmat beliau sentiasa menjadi pilihan utama ketua jurulatih, K. Devan untuk membawa cabaran pasukan mengharungi musim yang cukup panjang.

Advertisements

Hal ini telah menarik minat beberapa buah kelab di Liga Super yang serius mahu mendapatkan tandatangannya bagi memantapkan lagi kekuatan bahagian pertahanan.

 The Red Giants bagaimanapun berjaya mengikat pemain kelahiran Melaka ini selepas mengumumkan kehadiran pertahanan kiri PJ City FC, Ruventhiran.

Beliau telah pun tampil sebanyak 23 kali dalam semua pertandingan bersama kelab musim lalu dan berjaya melakukan dua bantuan gol. 

Advertisements

Kehadiran Khuzaimi sudah tentu bakal memantapkan lagi perancangan pasukan yang diketuai oleh Tan Cheng Hoe dalam misi mara ke pentas Asia 2024. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram