Kim Pan-gon Bawa Haluan Ke Terengganu
Harimau Malaya
TFC/MSCitajaya
Advertisements

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tiba di bumi Terengganu hari ini bagi menyaksikan kejohanan Agarbomb Performance Cup 2024.

Kim Pan-gon bersama barisan kejurulatihannya hadir bagi menyaksikan aksi pembukaan antara dua pasukan Liga Super Malaysia iaitu Terengganu dan Kedah Darul Aman. Terengganu dan Kedah akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi persahabatan pra-musim pada jam 9 malam nanti.

Ketua jurulatih asal Korea Selatan itu kembali meneruskan tugas untuk turun ke stadium bagi memantau prestasi semasa pemain-pemain tempatan.

Advertisements

Pengendali berusia 54 tahun itu hadir dalam misi mencari barisan pemain terbaik bagi panggilan skuad kebangsaan berikutnya. Pau Marti Vicente dan E. Elavarasan dilihat turut bersama dalam delegasi kali ini.

Kim Pan-gon sememangnya terkenal dengan inidividu yang ke stadium melakukan ‘kerja rumah’ untuk melihat potensi-potensi pemain Malaysia. Ini bagi meneliti dan melihat sendiri bakat-bakat tempatan menerusi data dan statistik untuk memberi peluang buat muka baharu berada dalam skuad kebangsaan.

Tatkala bakal menghadapi dua aksi di kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei, kem Harimau Malaya pastinya mahu mempersiapkan skuad terbaik. Kim Pan-gon sudah pasti memiliki ramuan tersendiri untuk memantapkan skuad Harimau Malaya bagi perlawanan akan datang.

Advertisements

Malaysia bakal berentap di laman lawan berdepan Kyrgyzstan pada 6 Jun kelak sebelum melayan kunjungan Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk aksi terakhir peringkat Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 11 Jun 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram